Banyak hantar gambar dekat keluarga, penumpang pesawat yang terhempas seolah tahu dia nak pergi tinggalkan keluarga

Seorang penumpang pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor semalam dikatakan teruja semasa menaiki pesawat itu, malah sempat menghantar gambar swafotonya kepada ahli keluarga sebelum terlibat dalam nahas tersebut. Menerusi laporan Harian Metro, Norsyahirah Omar berkata, abang sulungnya Komander (B) Shaharul Amir Omar, 49, tidak pernah menghantar gambar swafotonya dalam aplikasi WhatsApp kumpulan keluarga mereka sebelum ini.

“Sebelum ini arwah tidak ada swafoto, dan hanya menghantar gambar tempat dituju dalam WhatsApp keluarga kami, tetapi semasa menaiki pesawat itu dia nampak amat teruja, lain dari biasa dan memberitahu seronok bos belanja menaiki pesawat. Banyak gambar swafotonya yang dihantar semasa dalam pesawat… mungkin dia sudah rasa hendak pergi tinggalkan kami. Kami tidak menyangka itulah kali terakhir ‘bersembang’ dengan dia,” katanya ketika ditemui pemberita di kediaman arwah di Seri Manjung.

Tambah Syahirah, mereka sekeluarga terkejut apabila melihat video tular di media sosial petang semalam dan berusaha menghubungi arwah kerana bimbang namun arwah gagal dihubungi, dan kali terakhir maklumat yang diterima adalah apabila arwah memberitahu ibunya akan bertolak dari Langkawi ke Subang pada 2 petang. Berbicara lebih lanjut, Syahirah berkata abangnya seorang yang bertanggungjawab dengan menjaga kesemua adik-adiknya dan ibu mereka Che Ana Abdullah, 67, yang juga suri rumah selepas pemergian bapa mereka akibat knsr hti pada 2010.

“Selepas pemergian ayah, abang banyak menjalankan tanggungjawab terhadap semua keperluan keluarga dan membantu adik-adik yang masih belajar. Arwah yang mempunyai empat anak berusia 12 hingga 19 tahun juga seboleh-bolehnya mencari masa untuk pulang dan berkumpul bersama keluarga walaupun sibuk bekerja, tetapi dalam sekelip mata dia sudah tiada, namun kami reda akan pemergiannya.

Sumber: Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.