Dah lama tak aktif dalam bidang lakonan, rupanya Fathia Latiff dah jadi pengamal undang undang

Sudah lama rasanya tidak dengar mengenai perkembangan kerjaya pelakon jelita Fatiya Latiff yang pernah mencetuskan fenomena luar biasa menerusi sebuah drama berjudul Ariana Rose bersama rakan gandingan Keith Foo kan? Memang tidak dinafikan, pemilik nama Nur Fathia Binti Abdul Latiff dilihat sudah lama tidak aktif dalam bidang lakonan, jika ada pun namanya disebut dan menjadi bualan disebabkan oleh perubahan wajahnya. Terbaharu, aktres kelahiran Pulau Pinang itu memaklumkan dirinya kini sudah berkecimpung dalam bidang guaman dan secara sahnya menjadi seorang pengamal undang-undang.

Berita baik itu dimaklumkan menerusi sebuah hantaran di platform Instagram miliknya beserta beberapa buah foto dan video bersama rakan-rakan sepejabat di Insta Stories. Bahkan, Fathia juga pernah berkongsi beberapa foto. “Officially a legal practitioner…”tulisnya ringkas. Menerusi hantaran tersebut, aktres berusia 36 tahun itu kini bekerja di syarikat guaman Tawfeek Badjenid & Partners. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan selebriti turut mengucapkan tahniah dan tumpang bangga dengan pencapaian Fathia dengan kerjaya tersebut.

Komen Warganet:

Sekadar indo, Fathia menamatkan pengajian beliau dalam bidang Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada Disember 2014. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.