Berharap orang ramai berhenti tanya pasal hubungan dengan bekas teman lelaki, Riena Diana dedah kini dah kembali single

Pelakon Riena Diana mendedahkan dirinya ketika ini masih berstatus ‘single’ dan tidak mempunyai sebarang hubungan cinta dengan mana-mana lelaki. Menerusi hantaran di Instagram Story, Riena turut berharap orang ramai berhenti bertanyakan mengenai hubungannya dengan bekas teman lelaki yang dikenali sebagai Nik Afiq. “Tidak lagi nak bertolak ansur dengan apa-apa dan saya gembira dengan diri saya sendiri buat masa sekarang. Untuk sekarang ini, ya saya single, tak terikat dengan sesiapa pun. Jadi, tolong berhenti tanya saya dah berbaik ke atau bergaduh ke sebab dah tak ada apa-apa yang berlaku antara kami berdua. Jadi tak ada apa nak dicakapkan lagi dah.

Apa-apa pun, sebuah perhubungan bukan segalanya. Perkahwinan bukan segala-galanya. Ada bahagian yang lebih besar dalam hidup yang lagi penting dari semua tu. Jadi tolong la, ada banyak lagi yang perlu saya capai dalam hidup, bukan sekadar bercinta dan berkahwin sahaja. Sementara itu, menerusi satu lagi perkongsian pada entri sama, pelakon drama Kampung People itu turut menjawab soalan daripada warganet yang menawarkan diri untuk menjadi kekasihnya. “Maaf permohonan masih belum dibuka. Buat masa sekarang nak perbetulkan diri saya dulu sebab saya bukan baik sangat pun. Jadi lebih baik fokus kat diri dulu baru orang lain.”

Pada penghujung Disember tahun lalu, Riena dikatakan sudah berpisah dengan Nik Afiq namun hubungan mereka kembali berpaut sebulan selepas itu. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.