Diana Danielle dapat hak penjagaan dua anak anak beliau

Mahkamah Tinggi Syariah hari ini mengeluarkan perintah hak penjagaan penuh terhadap dua anak pasangan selebriti, Diana Danielle dan Farid Kamil iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 8, kepada Diana. Keputusan itu diumum pada prosiding tuntutan hadanah yang dibuat Diana atau nama sebenar, Diana Danielle Danny Beeson, 32, di hadapan Hakim syarie, Zulfikri Yasoa.

Peguam syarie mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, perkara itu mendapat persetujuan bersama pihak defendan iaitu Farid. Semuanya diselesaikan secara baik hari ini. Semua perjanjian antara pihak plaintif dan defendan dijadikan terma mahkamah.

Prosiding hari ini adalah untuk hak jagaan anak-anak. Hak jagaan anak dan lawatan semua diselesaikan secara baik dan atas persetujuan bersama. ini termasuk kes cerai pada 10 Ogos lalu. Selepas ini, tiada apa-apa lagi isu berbangkit dan semuanya sudah selesai. Kami tidak dapat mendedahkan butiran terma perjanjian kerana sulit,” katanya kepada pemberita selepas prosiding tuntutan hadanah di sini, hari ini.

Sementara itu, Diana yang hadir mengenakan jubah dan selendang hitam enggan mengulas lanjut mengenai hak penjagaan anak yang berpihak padanya. Tiada apa saya nak cakap mengenai prosiding hari ini. Perkara yang sama sahaja.

Pihak peguam saya yang akan jelaskan semuanya,” katanya. Sebelum ini, Diana memperoleh hadanah interim (hak penjagaan sementara) dua anaknya oleh Mahkamah Tinggi sama pada 24 Mac lalu. Mengikut perjanjian, Farid atau nama sebenar, Farid Kamil Zahari, 42, perlu menghantar surat lima hari lebih awal kepada peguam bekas isterinya, jika mahu bertemu anak-anak.

Farid dan Diana sah bercerai dengan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Ogos lalu. Lafaz cerai dilakukan Farid menerusi aplikasi Google Meet di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Diana mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.