Warganet Teruja Lihat Mainan Aaisyah Dhia Rana bukan mainan biasa.

Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta, merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.

Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya iaitu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.

Terdahulu tular satu video do laman media sosial tiktok milik Rozita Che Wan yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 2.4 juta, 62 ribu tanda suka dan komen sebanyak 3 ratus. Di dalam video berkenaan, memaparkan Aaisyah Dhia Rana sedang bermain dengan permainannya. Namun yang menarik perhatian adalah mainannya itu berupa barang kemas.

Rata-rata warganet teruja bahawa barang kemas Aaisyah itu disimpan seperti mereka iaitu dalam bekas dan lapik dengan tisu. Kredit Murai.PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.