Kempen KJ Jadi DJ bawa pulang Trofi Emas dalam Kategori Digital dan Sosial di Anugerah Appies

Kempen KJ Jadi DJ anjuran Hot FM membawa pulang Trofi Emas dalam Kategori Digital dan Sosial di Anugerah Appies 2023. Timbalan Pengarah Rangkaian Kumpulan (Hot FM, Kool101, Digital), Shah Hayatudin berkata anugerah terbabit jadi bukti nyata komitmen Hot FM menyampaikan kandungan yang relevan dan kreatif bagi pendengar radio di Malaysia.

Kempen seperti KJ Jadi DJ mempamerkan betapa sebuah stesen radio tidak sekadar mengenai muzik dan hiburan. Tetapi lebih kepada membolehkan orang merasa dekat dengan kami. Hot FM akan terus meneruskan peranan ini kepada pendengar-pendengar setia kami. Kami amat berbesar hati dan berasa bangga kerana menerima Trofi Emas dalam Kategori Digital dan Sosial di Anugerah Appies 2023.

Anugerah ini membuktikan usaha dan semangat kami menghasilkan kandungan digital serta radio yang berkesan. Kami bangga untuk terus menyampaikan kandungan menarik dan relevan kepada pengikut dan pendengar kami,” katanya.

Penyampainya Khairy Jamaluddin atau KJ menyifatkan kemenangan itu semestinya memacu Hot FM untuk terus berkembang maju. Terutamanya buat kami di Bekpes Hot agar bekerja lebih keras di masa hadapan bagi menghasilkan idea-idea baharu dan sampaikan maklumat berguna kepada pendengar.

Saya sangat gembira menjadi sebahagian daripada keluarga Bekpes Hot FM. Kami sudah merai beberapa anugerah dan penghargaan yang ketara dari industri radio serta pendengar Hot FM,” katanya. Sebelum ini, Hot FM berjaya meraih Anugerah Hashtag Asia 2023 yang berprestij untuk segmen inovatif mereka, KJ Jadi DJ bersama Bekpes Hot.

Appies adalah anugerah yang mengiktiraf kecemerlangan dalam kempen digital dan media sosial. Ia merangkumi pemimpin industri, perintis inovasi, dan minda kreatif meraikan pencapaian luar biasa dalam landskap digital. Kredit Harian Metro.PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.