Pelakon Korea Selatan, Kim Seon Ho, 37, teruja disambut dengan meriah sebaik tiba di sini, semalam, sempena kunjungan pertamanya ke Malaysia. Seon Ho berkata, antara yang paling mahu dicubanya ialah menikmati pelbagai makanan tempatan selain mahu bertemu peminat setia yang sekian lama menantikan kehadirannya ke sini.
Ini pertama kali saya ke Malaysia dan rasa gembira sangat selepas tiba semalam. Ramai peminat menunggu saya dan teruja nak cuba makanan di sini. Saya juga sangat suka cuaca di sini. Saya tak sabar nak jumpa lebih ramai peminat dan makan makanan yang sedap-sedap,” katanya pada sidang media di Dadi Cinemas, Pavilion, di sini, hari ini.
Berkongsi lanjut, Seon Ho juga enggan melepaskan peluang merasai sendiri kelazatan nasi lemak sebagaimana yang dikhabarkan kepadanya.
Saya sebenarnya membuat permintaan untuk mencuba nasi lemak sebelum acara bertemu peminat malam ini. Tapi saya juga dengar makanan sedap lain seperti cendol,” katanya. Pelakon yang popular menerusi drama Start-Up dan Home Cha Cha Cha itu berkunjung ke sini menjayakan Siri Jelajah Asia: One, Two, Three, Smile! Live in Kuala Lumpur di Mega Star Arena, Sungei Wang, malam ini.
Menurutnya, dia mempersiapkan banyak perkara demi mahu memastikan peminat akan berpuas-hati dengan acara itu. Dia turut gembira melihat sokongan peminat yang cukup membuatnya terharu.
Acara terbabit dianjurkan PULP Live World. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.