Tak sangka disebabkan bunyi dengkuran, suami sangka isteri curang

Seorang suami di wilayah Guangdong, China yang menyangka isterinya curang kerana mendengar bunyi lelaki berdengkur di dalam bilik tidur mereka, tergamam selepas mendapati ia adalah bunyi suaranya sendiri, lapor laman berita Thaiger semalam.

Selepas pulang dari luar negara atas urusan perniagaan, si isteri dilaporkan tidak membuka pintu apabila suaminya tiba di rumah pada pukul 9 malam (waktu tempatan). Setelah membuka pintu rumah, lelaki itu terdengar bunyi dengkuran kuat dari bilik tidur mereka.

Gara-gara curiga isterinya membawa masuk lelaki lain semasa ketiadaannya, si suami menerpa masuk ke dalam bilik dengan perasaan marah. Dia kemudian terkejut apabila mendapati isterinya tidur bersendirian di atas katil, manakala bunyi dengkuran itu muncul daripada telefon bimbit wanita tersebut.

Bunyi itu sebenarnya dengkurannya sendiri yang direkod dan didengari si isteri setiap kali dia tidak berada di rumah untuk membantu menenangkan ketakutannya ketika tidur. Si suami terharu dengan tindakan isterinya yang tidak bersalah itu dan dia meluahkan rasa menyesal kerana tersalah faham mengenai bunyi dengkuran itu. – Agensi

Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.