Warganet Teruja Yang Di Pertuan Agong Menyanyi Bersama Aizat Amdan

Siapa yang tidak mengenali dengan Aizat Amdan yang terkenal dengan lagu “Hanya Engkau Yang Mampu” yang masih diingati ramai sehingga ke hari ini. Selain dari menyanyi, Aizat Amdan juga merupakan seorang penulis lirik yang terkenal serta dia juga berkebolehan dalam melukis.

Aizat Amdan memulakan kerjayanya sebagai penyanyi selepas menyertai program realiti nyanyian terbitan ASTRO iaitu Akademi Fantasia musim kelima. Antara yang turut serta pada musim kelima tersebut adalah Dafi, Mila Jirin, dan Heliza Helmi.

Baru-baru ini, Berlangsungnya pesta Kuantan 188 yang melibatkan ramai penyanyi dan selebriti terkenal seperti, Aizat Amdan, Cakra Khan, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Aisha Retno, dan Harith Iskandar.

Di laman media sosial instagram milik Aizat Amdan, dia memuat naik beberapa video yang meraih perhatian ramai. Dalam video berkenaan, memaparkan Aizat Amdan menyanyikan lagu “Hanya Kau Yang Mampu” lalu menghulurkan mikrofon kepada Yang Di-Pertuan Agong, namun tidak sangka disambut dengan baik dan menyambung nyanyian tersebut.

Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.