Kisah Seniman Tony Kassim Yang Meninggal Ketika Solat Tahajjud

Jika dilihat sekali imbas, pasti ramai orang menyangka bahawa wajah Tony Kassim seakan mirip seperti wajah bintang Hollywood iaitu Tony Curtis.

Tony Kassim atau nama sebenarnya ialah Wan Abdul Rahman Wan Ahmad Tajuddin merupakan seorang pelakon filem melayu klasik sekitar era 60-an. Anak kelahiran Kampung Raja Uda, Klang Selangor ini dilahirkan pada tahun 1935.

Beliau memakai nama Tony Kassim itu menyatakan bahawa nama pentas ini telah diberikan oleh Che Hamzah Hussain. Rupa-rupanya, nama yang digunakan ini telah memberikannya kelebihan di dalam industri perfileman dan mencipta nama di bawah produksi Cathay Keris Filem.

Sebelum menceburi bidang perfileman, Tony Kassim bekerja sebagai kerani di sebuah jabatan di Port Swettenham, Selangor. Setelah 6 bulan di Jabatan itu, beliau telah bertukar kerja dan bekerja di Kapal selama lapan bulan.Sehingga pada suatu hari, hatinya mula terdetik untuk pergi ke rumah saudaranya iaitu Pengarah M. Amin untuk mencari peluang baharu. Secara kebetulan pula M. Amin telah membawanya pergi ke studio untuk menjalani Screen Test, dengan harapan dan cita citanya yang tinggi beliau mula beraksi di depan lensa kamera.

Beliau akhirnya berjaya dalam screen test tersebut dan diterima berlakon dalam filem arahan M. Amin iaitu ‘Rumah Itu Dunia Aku’ pada tahun 1963. Beratus-ratus pemuda dari Singapura dan persekutuan Tanah Melayu telah mengambil bahagian di dalam screen test untuk filem tersebut.

Tony Kassim menyatakan bahawa cita-citanya untuk menjadi seorang pelakon sudah lama dia impikan akan tetapi ketika itu belum ada peluang lagi. Dalam filem pertamanya itu, Tony Kassim telah diberikan peluang untuk memegang watak utama bersama-sama dengan seniwati Rose Yatimah, Latifah Omar, Malek selamat dan ramai lagi.

Selepas dari filem tersebut, beliau membintangi banyak filem tempatan sehinggakan jadual hariannya padat sebagai seorang pelakon. Komitmennya dalam lakonan menjadikan beliau seorang yang berdisiplin dan berjiwa tinggi kerana akhirnya cita-citanya selama ini tercapai.

Selepas bersara dari dunia lakonan, Tony Kassim banyak menyertai kegiatan sukarela dan kebajikan. Beliau juga pernah bekerja sebagai jurulatih Akademi Laut Malaysia Alam Sekitar pada tahun 1980-an dan amat mahir dalam ilmu pelayaran.

Pada 12 Ogos 2007, Tony Kassim telah meninggal dunia di usia 72 tahun, Allahyarham dikatakan telah kembali ke rahmatullah ketika sedang solat tahajjud kira-kira jam 1 pagi dalam keadaan sujud dirumahnya.

Akhirnya beliau mendapat sebaik-baik pengakhiran yang diimpikan setiap manusia yang beragama islam. Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan ditempatkan di kalangan para solihin. Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.