Pelakon Cilik Bajrangi Bhaijaan,tarik perhatian warganet dengan kecantikannya

Baru-baru ini, Kelihatan Harshaali Malhotra atau Munni dari pelakon yang popular suatu ketika dahulu bersama Salman Khan dalam filem Bajrangi Bhaijaan yang meraih perhatian ramai. Ramai terkejut melihatnya yang begitu cepat membesar dan mereka masih mengingati Harshaali sebagai Munni.

Harshaali memulakan kerjayanya seawal 7 tahun dalam filem Kabir Khan. Dia juga bukan sahaja berlakon bersama bintang besar Bollywood Salman Khan malah turut juga bergandingan bersama Kareena Kapoor dan Nawazuddin Siddiqui.Baru-baru ini, tular satu video di laman instagram milik @pinkvilla yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan yang kini meraih jumlah tanda suka sebanyak 167 ribu itu telah menjadi bualan terutamanya yang mengenalinya sebagai Munni.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Harshaali sedang melakukan tarian ‘What Jhumka’ dengan kelihatan seperti pelakon utama filem Bollywood.Rata-rata peminatnya teruja melihat Harshaali yang semakin pandai menari kerana dahulu dia sangat kaku dan berharap agar suatu hari nanti selepas dia tamat persekolahan akan menjadi pelakon utama dalam mana-mana filem. Mereka juga mengatakan bahawa Harshaali selayaknya persis Kareena Kapoor kerana kecantikan semulajadi yang dimilikinya.

Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.