Menang dalam Prn Dun Gurun, ramai yang dah tak sabar nak tunggu Baddrol Bakhtiar dedahkan manifesto dia

Kemenangan bekas kapten pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia, Baddrol Bakhtiar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun menarik perhatian ramai. Mana tidaknya, Baddrol yang baru sahaja bersara dari dunia bolasepak terus terjun ke bidang politik demi bersama-sama Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mempertahankan negeri Kedah supaya tidak tumbang. Ketika kempen pilihan raya sedang berlangsung, dia telah dikritik oleh sesetengah pihak kerana merahsiakan manifesto yang dibawa jika dia berjaya menjadi ADUN kawasan yang ditandinginya.

Walaupun manifesto yang dibawanya kekal rahsia sehingga hari pengundian, Baddrol tetap berjaya memenangi kerusi DUN Gurun  apabila menerima undian sebanyak 17,771 sekali gus mengenepikan calon dari Pakatan Harapan, Mohammed Firdaus Johari yang meraih 11,187 undi. Susulan daripada itu, ramai yang mulai menagih manifesto rahsia Baddrol yang masih kekal ‘misteri’ memandangkan dia sudah berjaya menewaskan calon lain dengan majoriti yang agak besar iaitu 6584 undian.

Untuk rekod, Baddrol Bakhtiar merupakan bekas kapten pasukan bolasepak kebangsaan dan menamatkan kerjaya bolasepaknya bersama pasukan Sabah FC sebagai kapten. Beliau telah kembali ke Kedah untuk bergelar ahli politik apabila mendukung Muhammad Sanusi sebagai Menteri besar Kedah serta menjadikan individu tersebut sebagai inspirasi dan idolanya dalam bidang baru yang diceburi. Selain Baddrol, seorang lagi bekas pemain bolasepak kebangsaan, Muhamad Radhi Mat Din yang mewakili Perikatan Nasional turut berjaya mengenepikan Pengerusi PH Kedah Datuk Mahfuz Omar di DUN Alor Mengkudu, dengan majoriti 10,104 undi.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.