Bukan suami yang tak bagi menyanyi, rupanya 10 tahun Waheeda menghilang dari industri muzik sebab ini

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan penyanyi etnik kreatif yang pernah menggegarkan industri muzik Malaysia dengan lagunya, Wassini. Penyanyi yang dimaksudkan ialah Waheeda, video dirinya mendendangkan lagu itu pada Anugerah Juara Lagu (AJL) 2003 kembali tular di media sosial terutamanya di TikTok. Dalam video itu, ramai warganet yang bertanya ke mana Waheeda menghilang kerana beliau mempunyai suara yang lunak dan gaya yang tersendiri. Terbaru, dalam satu temu ramah dalam rancangan hiburan Melodi, Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab memberitahu dia amat terharu dengan sokongan peminat serta mereka yang bertanya khabarnya. Klik sini untuk lihat video.

Sebelum ini, ada desas-desus yang mengatakan Waheeda berhenti menyanyi kerana dilarang oleh suaminya, Akhil Hayy namun dia membidas perkara itu. “Memang banyak habiskan masa dengan keluarga, jaga anak-anak tapi yang banyaknya belajar Al-Quran, nak faham Al-Quran, dalam masa 10 tahun tu agresif memahami Quran,” katanya. Selain itu, apabila ditanya adakah pelantun lagu Wassini itu merindui kerjayanya sebagai penyanyi namun dia hanya berkata dia lebih rindu kepada kawan-kawannya yang berada dalam industri yang sama.

Waheeda turut memberitahu dia masih aktif di belakang tabir cuma dia tidak lagi membuat persembahan di khalayak ramai. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.