Tular Kembar Elon Musk berlatih tinju lawan Mark Zuckerberg

Seorang lelaki dari China yang menjadi sensasi internet kerana memiliki wajah iras Elon Musk berkongsikan video terbaharu dia sedang  berlatih tinju sebagai parodi kepada pertarungan antara pengasas Tesla itu dengan seterunya, Mark Zuckerberg, lapor akhbar Daily Star.

Ma Yilong  menerusi video yang dikongsikan di platform Douyin,  dilihat sedang berlatih tinju sebagai ‘persediaan’ sekiranya dia perlu bertarung dengan Zuckerberg. Dengan hanya memakai seluar pendek, Yilong berlatih bersama seorang rakan yang menutup wajahnya dengan memakai kadbod memaparkan wajah Zuckerberg

Mari, mari,” kata Yilong kepada rakannya. Rakannya itu kemudian menconteng huruf ‘X’ pada perut Yilong sebelum lelaki itu berpura-pura menumbuknya dan bersorak. X, sangat hebat! Wow!” kata Yilong,  merujuk kepada platform X atau Twitter.

Video itu menjadi perhatian pengguna media sosial dengan ramai yang teruja melihat wajah Yilong yang digelar ‘kembar Elon Musk’ itu. Saya mahu lihat dia berdiri di sebelah Musk,” kata seorang pengguna. Dalam pada itu, Musk dan Zuckerberg dikatakan bakal bertarung di dalam gelanggang di The Octagon, Las Vegas pada 26 Ogos ini. – AGENSI. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.