Datuk Zainal Abidin akui dah berpisah dengan Fyna Jebat, rupanya baru ni jumpa dengan bekas isteri sebab ni

STATUS perkahwinan penyanyi Fyna Jebat dan Datuk Zainal Abidin Hassan akhirnya terjawab apabila bekas jurulatih bola sepak kebangsaan itu mengesahkan mereka sudah sah berpisah. Menjelaskan hal tersebut, Zainal, 62, memberitahu mereka berpisah secara baik namun tidak mendedahkan tarikh sebenar mereka berpisah. “Kami sudah berpisah secara damai,” katanya. Zainal menjawab perkara tersebut ketika muncul sebagai tetamu dalam rancangan Nindia Bola menerusi saluran Astro Arena pada malam Isnin.

Dalam pada itu, Zainal mengakui foto tular memperlihatkan seorang lelaki dan wanita mirip dirinya dan Fyna sedang makan di sebuah restoran adalah diri mereka.Jelasnya, mereka bertemu bagi membincangkan beberapa perkara berbangkit. “Iya, itu memang saya. Saya jumpa bekas isteri kedua. Pergi makan berjuma ada benda nak selesaikan beberapa masalah,” ujarnya menjawab soalan pengacara program tersebut, Hafizal Hamad.

Sementara itu, Zainal berkata, dia menganggap perhatian orang ramai tentang kehidupan peribadinya sebagai perkara biasa memandangkan dia dan Fyna mempunyai kelompok peminat tersendiri. “Itu biasalah,” katanya.Sebelum ini, penularan video Fyna dan Zainal menimbulkan tanda tanya ramai tentang status sebenar hubungan mereka sama ada masih bersama atau sudah berpisah.

Ketika dihubungi, Zainal secara ringkas menjawab dia belum menonton video tersebut lalu mematikan panggilan telefon. Awal Januari lalu, Fyna atau Nur Syafinaz Jebat, 30, membuat pendedahan dia sudah bergelar isteri kedua kepada Zainal namun tidak menjelaskan butiran perkahwinan mereka. Bagaimanapun baru-baru ini timbul pula cerita kononnya hubungan mereka sudah berakhir. Fyna mengambil langkah mengunci mulut dan tidak memberi sebarang respon selepas dikhabarkan sudah berpisah.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.