SUSULAN perniagaan Tiara Botol Candy mendapat permintaan luar biasa setiap kali jualan dibuka, pelawak Achey mengambil keputusan mengupah beberapa orang pekerja sambilan bagi membantu melakukan kerja pembungkusan. Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 37, berkata, dia dan isteri tidak lagi mampu memenuhi permintaan yang ada sebaliknya merancang menyediakan stok terlebih dahulu sebelum membuka jualan di TikTok. “Apabila permintaan terlalu tinggi, saya tidak boleh membuka jualan dulu baru nak buat bungkusan. Kami jadi penat kerana setiap hari tempahan akan bertambah.
“Katakan kami bungkus 5,000 gula-gula, tetapi tidak perasan dekat beg kuning ada lagi 1,000 tempahan… Jadi kami sudah terlebih bajet. Jadi buat sementara ini saya fikir ingin mencari pekerja sambilan untuk kerja pembungkusan,” katanya ketika dihubungi. Dalam pada itu, Achey memberitahu sebaik sahaja memuat naik iklan menari pekerja sambilan di Instagram miliknya pada Selasa, dia menerima ratusan mesej daripada individu yang berminat, termasuk ada menawarkan untuk bekerja secara sukarela. Kata Achey, dia membuka peluang buat individu yang ingin bekerja untuk membungkus gula-gula, khususnya buat pelajar dan masih bujang.
“Sebelum ini waktu cuti sekolah kami buat di kampung… ramailah sepupu dan saudara yang tolong Tiara bungkus gula-gula tersebut. Bila sudah berada di KL, siapa nak tolong… jadi mungkin saya boleh cari pekerja sambilan dalam kalangan pelajar dan masih bujang… ini kerana orang bujang kurang sikit komitmennya. Baru saja saya update tadi, ramai yang mesej nak bekerja dengan saya malah, ada yang kata sanggup tidak dibayar semata-mata ingin berjumpa Tiara,” ujarnya. Sementara itu, Achey meluahkan rasa syukur apabila jualan yang diusahakan anak perempuannya Nur Tiara Zinnirah mendapat sambutan menggalakkan daripada pembeli.
Setakat ini, hampir 18,000 pek gula-gula sudah terjual dan jumlah pemulangan semula juga sangat rendah berbanding sasaran yang dibuat. “Saya buka berapa jualan pun, warganet beli saja. Harga yang kami beri pun agak murah… feedback yang kami terima daripada pelanggan pun semua berpuas hati kerana isinya padat. Alhamdulillah setakat ini jualan Tiara Botol Candy sudah mencecah 18,000 bungkus. Saya juga bersyukur jumlah pemulangan semula barangan pun tidak terlalu tinggi. “Contohnya kalau kami pos 3,000 parcel, hanya dua peratus pemulangan semula sekitar 12 atau 13 parcel sahaja,” jelasnya.
Bercakap soal perancangan masa hadapan, Achey kini mengambil serius terhadap perniagaan yang diusahakan dan sanggup menjual asetnya bagi tujuan penambahbaikan segala urusan. “Saya rasa kami mula mengambil bisnes ini secara serius kerana saya akan menjual beberapa aset saya termasuk motosikal untuk membeli van bagi urusan pengambilan stok gula-gula. “Saya ada kereta pacuan empat roda tetapi kalau hujan susahlah kerana tidak berbumbung… jadi saya sanggup jual dua atau tiga buah motosikal saya untuk membeli van bagi kegunaan bisnes ini,” katanya.
Pada 23 Ogos lalu, Achey terkejut perniagaan makanan ringan yang dijalankan Tiara menerima sokongan luar biasa daripada warganet. Biarpun tidak mendapat keuntungan besar, Achey bersyukur apabila mereka berjaya menjual sebanyak 3,000 pek gula-gula dan menerima ‘gift’ daripada pengikut di TikTok. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.