Nampak kekok masa potong cili, Aedy Ashraf akui tak kisah kalau Amelia Henderson tak pandai masak

Baru-baru ini tular video memaparkan pelakon Amelia Henderson dilihat kekok ketika memotong cili dalam sebuah program sehingga dikritik oleh warganet. Susulan itu, Amelia dilihat ada memuat naik status di X mempersoalkan adakah masih ramai yang percaya bahawa nilai wanita itu berkurang hanya kerana tidak pandai memasak. Perkongsian Amelia itu mendapat reaksi daripada pelakon Aedy Ashraf seakan mempertahankan aktres tersebut. Aedy mengatakan tiada masalah buat dirinya kerana dia pandai memasak. Sementara itu, kakak Aedy iaitu Nor Hidayah turut mempertahankan Amelia dengan mengatakan dia mempunyai thermomix, iaitu alat masak yang digunakan untuk mencampur dan memanaskan makanan.

Dalam pada itu, rata-rata warganet memberikan sokongan kepada Amelia serta mengatakan skill memasak boleh belajar selepas mendirikan mendirikan rumah tangga. Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.