Akan menjawap persoalan dalam masa terdekat, tular spekulasi tentang Nabila Razali bertunang dengan bekas pelumba litar

PENYANYI Nabila Razali enggan memberi jawapan kepada persoalan berhubung statusnya yang dikatakan sudah mengikat tali pertunangan dengan bekas pelumba litar Formula iaitu Nik Iruwan Nik Izani pada Ogos lalu. Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 31, sebaliknya memberitahu akan menjawab semua persoalan berhubung perkara itu dalam masa terdekat. “Saya tak mahu komen apa-apa buat masa ini tapi saya harap semua orang cuba menghormati kedua-dua belah pihak,” katanya ketika ditemui pada Selasa.

Dalam pada itu, Nabila meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu pertunangannya kerana bimbang ia akan mengeruhkan keadaan. “Saya tak mahu berikan sebarang komen lagi sekiranya saya sudah bersedia saya akan kongsikan kepada semua seperti biasa. “Tapi saya nak pesan juga saya akan keluarkan lagu baharu hujung bulan ni jadi jangan lupa dapatkan tiket Cerita Malam Kita. “Saya harap anda semua dapat berikan sokongan kepada saya walaupun apa yang berlaku kepada saya, bukan saya saja tapi rakan selebriti yang lain,” ujarnya.

Sebelum ini, Nabila dilaporkan mengikat tali pertunangan dengan Nik Iruwan di kediamannya yang terletak di Selayang, Selangor. Majlis itu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat kedua belah pihak. Sebelum ini pernah tular video memaparkan Nabila bersama seorang jejaka sedang bersiar-siar di Genting Highlands. Menerusi temu bual bersama sebelum ini, Nabila mengakui sedang mengenali hati budi seseorang namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.