Pelik bila beli anak patung dari Jepun tapi dalam perut dia ada bungkusan, rupanya dekat sana memang ada jual patung macam ni

BONEKA seperti anak patung ‘teddy bear’ sering dikaitkan dengan unsur mistik. Ia diperkukuhkan dengan pelbagai kisah membabitkan anak patung itu apabila pemiliknya diganggu makhluk halus selepas menyimpannya untuk tempoh masa tertentu. Dek kerana itu juga seorang lelaki menyangka anak patung yang dibelinya menjadi ‘sarang’ unsur mistik berdasarkan penemuan bendasing di dalamnya. Patung yang dipercayai berasal dari Jepun itu dibeli daripada seorang penjual yang menawarkan pelbagai boneka preloved. Lelaki tersebut mendakwa patung miliknya itu adalah tabung menyimpan abu mayat, iaitu cara pengurusan kematian di Jepun.

Dakwaan berkenaan dibuat berdasarkan beberapa ciri yang dilihat ada pada patung itu. Antaranya boneka tersebut dikatakan mempunyai tarikh yang tertera pada tapak kakinya selain pada bahagian dalamannya ada terkandung beg plastik mengisi sesuatu. “Hasil bedah siasat patung misteri yang saya jumpa sebentar tadi, saya rasa memang betul ada abu mayat yang dibungkus di dalam beg plastik dan dimasukkan ke dalam teddy bear ini. “Jadi lepas ni berjaga-jaga la kepada pembeli dan penjual kalau terjumpa barangan sebegini. Saya tengah fikirkan cara yang terbaik untuk lupuskan abu mayat ni.

“Tak sangka boleh viral teddy bear ni, kebetulan saya pun ada simpan teddy bear yang serupa, mungkin sebelum ni terlepas pandang,” kata lelaki itu membuat rumusan menerusi perkongsian di Facebook. Andaian yang dibuat lelaki itu menimbulkan rasa gerun kepada warga maya yang kini mula berasa fobia dengan anak patung mainan. “Alamak takutnya dengar begini, berhantu rumah kalau secara tak sengaja simpan abu mayat entah siapa-siapa punya,” kata seorang pelayar.

Namun dakwaan lelaki itu ternyata jauh meleset apabila seorang warga maya yang pernah menetap di Jepun tampil memberikan pencerahan mengenai isu yang dianggap sebagai salah faham. “Ini bukan teddy bear untuk simpan abu mayat. Di Jepun kita boleh order teddy bear ni untuk bagi hadiah sempena majlis perkahwinan atau sambutan kelahiran bayi. Kita panggil congratulory bear atau newborn bear. “Tarikh tu boleh jadi tarikh kelahiran bayi atau tarikh perkahwinan, yang ukuran berat tu adalah berat bayi lepas lahir. Yang plastik dalam teddy bear tu adalah pemberat untuk samakan berat teddy bear dengan berat bayi.

“Dekat kaki teddy bear tu pun ada tulis jenis darah bayi sebab orang Jepun percaya benda tu boleh gambarkan personaliti mereka. “Dekat Jepun kalau nak jual barangan preloved, biasanya mereka akan pergi ke tempat dikenali sebagai Bookoff. Sangat ketat pemeriksaan untuk jual di sini, buku koyak sikit pun dia tak nak ambil, inikan lagi teddy bear ada abu mayat,” jelasnya. Lelaki itu yang sedar akan kekhilafannya segera memohon maaf dan mengambil maklum akan maklumat yang diterimanya itu. “Alhamdulillah terima kasih tuan atas pencerahan, risau dan hilang semangat apabila difikirkan patung tu ada simpan abu mayat. Kalau sahih dan betul info ni syukur sangat. “Terima kasih tuan sekali lagi saya ucapkan, saya anggap ini pengajaran dan ilmu,” ujar lelaki itu cakna.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.