Kongsikan gambar kereta mewah yang orang tuanya hadiahkan, ramai yang terkejut bila tengok harga kereta Ameera Khan

Adik kepada Neelofa iaitu Ameera Khan sekali lagi menjadi tumpuan warganet selepas berkongsi pemberian hadiah mewah yang diterima daripada kedua orang tuanya. Menerusi hantaran di TikTok, Ameera, 22, menjawab pertanyaan warganet yang bertanya adakah dia baru membeli kereta mewah jenis BMW i7. Jawab personaliti media sosial, dia tidak membeli sebaliknya Dato’ Abdul Halim Khan dan Datin Noor Kartini Noor Mohamed yang menghadiahkan kenderaan pancuan empat roda itu. “Tidak. Mama dan daddy yang belikan untuk saya.” Klik sini untuk lihat video.

Di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata warganet menyemak harga kereta BMW i7 yang dianggarkan lebih daripada RM700,000. Dalam pada itu, wargamaya turut menyifatkan pemilik nama sebenar Nur Ameera Khan sangat bertuah apabila dilahirkan dalam keluarga yang kaya-raya. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.