Jatuh masa perbarisan Hari Merdeka, anggota Rela pergi menghadap illahi sebab ni

Seorang anggota RELA dilaporkan rebah sebelum pergi menghadap illahi ketika menyertai perbarisan Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan 2023 peringkat Negeri Sembilan, pagi tadi. Menurut laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Taware mengesahkan kejadian tersebut membabitkan seorang lelaki yang berusia 53 tahun. “Kami menerima panggilan dari Jabatan Kecemasan Hospital Tuanku Jaafar mengenai satu pemergian pada jam 12.25 tengah hari.

Siasatan awal mendapati, dia telah jatuh dan tidak sedarkan diri semasa perbarisan lintas hormat di Dataran Seremban kira-kira jam 10 pagi,” katanya. Arifai berkata, hasil bdh siasat mendapati punca pemergian adalah disebabkan oleh serangan jantung dan kes diklasifikasikan sebagai pergi mengejut (SDR). “Hasil siasat menyatakan sebab pemergian berpunca masalah jantung (Coronary Artery Occlusion). Pemeriksaan pada tubuh mngs mendapati, tiada sebarang unsur jahat dikesan,” ujarnya.

Sementara itu, beberapa akaun Facebook ada memuat naik hantaran video berkaitan kejadian selain terdapat juga gambar didakwa adalah mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Noh Muhammad Isa.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.