Dikatakan sengaja cedera kan bekas isteri, ank Zainal Abidin mengaku tak bersalah di Mahkamah

ANAK kepada bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan iaitu Mohd Zaiza mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang, Selangor, atas pertuduhan mencederakan dan mengasari bekas isterinya, Suzur Sofia Smeth Jaya. Zaiza, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Muhammad Bukhori Md Ruslan. Dia dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun yang memperuntukkan hukuman ditahan maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bekas pemain bola sepak Pahang FC itu didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Sofia, 32, di kediaman wanita itu di Cyberjaya pada pukul 10 malam, 25 Februari lalu. Tertuduh yang diwakili peguam Johan Ariff Salim Khan mengangguk faham dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dibacakan terhadapnya. Majistret membenarkan tertuduh diikat jamin dengan wang jaminan RM5,000 dan seorang penjamin dengan syarat tambahan tidak mengganggu saksi pendakwaan dan pengadu.

Majistret turut menetapkan sebutan semula kes pada 26 Oktober depan. Untuk rekod, Zaiza dan Sofia, 32, sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Klang, Selangor pada 14 Jun lalu. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2016 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Zaynedine Sulaiman, 6, dan Seri Zayana yang berusia dua tahun. Selepas berpisah, Sofia kini menetap seorang diri di Cyberjaya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.