Rider foodpanda yang tular siap dapat tawaran pakej umrah, tapi dia tolak sebab ni

Kisah mengenai penghantar makanan dikenali Muhammad Shahrul Shah Abu Bakar, 26, mendapat perhatian ramai selepas tular gambar dan videonya berjalan kaki sambil menggalas beg makanan selepas motosikalnya dikatakan telah disita dalam satu sekatan jalan raya. Pemuda yang berasal dari Sungai Pelek, Sepang itu turut mengakui kesilapannya selain menyerah sendiri kunci motosikalnya kepada pihak berkuasa dalam operasi di Jalan Persiaran Negeri di Nilai, Negeri Sembilan kira-kira 12 tengah hari, Selasa.

Terbaharu, seorang individu tampil berkongsi rezeki dengan menawarkan pakej menunaikan umrah buat penghantar makanan tersebut pada 4 hingga 14 Oktober ini. Bagaimanapun, pelawaan tersebut terpaksa ditolak secara baik oleh Muhammad Shahrul Shah kerana dikatakan tidak sanggup untuk tinggalkan isteri dan anak yang baru sahaja dilahirkan dua bulan lalu. “Team kami baru hubungi adik ni (Muhammad Shahrul Shah) petang tadi (semalam) untuk bawa dia umrah percuma pada 4 Oktober hingga 14 Oktober ni.

Isteri dia baru bersalin dua bulan, memang susah. Kami tawarkan pergi umrah pun, dia macam tak sanggup nak tinggalkan bayi dan isteri. Isteri dia berasal dari Sabah. Allahuakbar, memang Allah sayang adik ni, semua orang doakan dia,”tulis wanita dikenali Rosma Ali. Akan tetapi, pemuda berkenaan memaklumkan tempatnya akan digantikan kepada bapa kandungnya kerana dia mahu menjaga isteri dana anak.

Sementara itu, dalam hantaran individu dikenali Rafiq Zainal jelas menyatakan pemuda berkenaan telah pun menghidupkan semula roadtax miliknya selain meluahkan rasa syukur kerana banyak pihak sudi membantu. “Alhamdulillah, terima banyak… Saya tumpang rezeki anak saya. Bebetul rezeki datang, tak sangka benda ni jadi viral,” luahnya apabila ditawarkan bantuan menyelesaikan masalah roadtax insurans motosikalnya.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.