Ayda Jebat bakal lahirkan anak kedua pada bulan disember, pilih untuk lahir kan secara operasi juga kali ni

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat mendedahkan dia bakal melahirkan anak keduanya pada Disember depan dengan kaedah operasi atau Caesarean. Menurut Ayda, 32, berkata pengalaman melahirkan anak pertama dengan Caesarean atau Czer memberikan momen indah, biarpun ia dianggap kaedah yang menyakitkan bagi para ibu di luar sana. Selepas melahirkan anak sulung menggunakan kaedah Czer, saya alami momen indah biarpun ada yang beritahu akan rasa sakit dan susah hendak dijaga. Sebenarnya, itu tidak betul. Mengikut pengalaman, Alhamdulillah, urusan saya dipermudahkan. Jadi, untuk anak kedua, saya pilih Czer lagi.

Bagaimanapun, setiap wanita berbeza kesan ke atas diri mereka.” Kata ibu kepada seorang anak itu, suaminya iaitu Nabil Mahir, 35, sudah mempunyai pengalaman menguruskan anak dilahirkan secara operasi. Tambah Ayda lagi, dia bersyukur mampu menjalani rutin harian seperti biasa dan melaksanakan kerja dengan baik. “Untuk kehamilan kedua ini boleh dikatakan saya lebih aktif. Ketika hamil anak pertama, saya tidak mahu kerja langsung. Kali ini, saya boleh buat pelbagai perkara termasuk pergi ke Taiwan. Kali ini, saya sudah dapat momentum dan tahu sama ada perkara yang ingin dilakukan bahaya atau tidak.”

Dalam pada itu, Ayda memberitahu dia merancang untuk melahirkan anak kedua pada 1 Januari 2024, iaitu sama hari dengan ulang tahun perkahwinan mereka. Namun, hajat itu tidak dapat dituruti kerana dia menggunakan kaedah Czer. Terdahulu, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia dua tahun. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.