Semua yang dia cakap bukan tipu, Caprice dedah Mondy dah tandatangan surat perjanjian sebelum podcast disiarkan

Isu antara pendakwah bernama Ebit Lew dengan wanita bertatu warga Indonesia, Mondy Tattoo yang dibantu penyanyi rap Caprice membuatkan ramai tidak pasti siapakah yang benar dan siapakah yang salah. Sejak Ebit Lew membuat laporan polis atas dakwaan fitnah melampau dilemparkan terhadapnya, Caprice dan Mondy juga telah dipanggil untuk memberi keterangan daripada pihak mereka. Kata Caprice, tiada perkara perlu dibimbangkan berhubung kesahihan bukti memandangkan Mondy yang mendakwa berhadapan gangguan tak elok dari individu dimaksudkan telah menandatangani perjanjian sebelum podcast disiarkan.

“Mondy telah menandatangi surat perjanjian (SD) yang mengesahkan semua dakwaan berhubung gangguan itu benar,” katanya. Mengulas mengenai dakwaan sengaja membuat tuduhan berlakunya gangguan seksual, Caprice menafikan pihaknya membayar pempengaruh itu untuk berbohong apatah lagi menjatuhkan mana-mana pihak. “Kali ini kami tidak memberi ruang pihak lain dengan mudah menganggap kami menipu. Ketika kali pertama Mondy tiba di Malaysia, kami sudah rakam perbualan secara senyap kerana waktu itu pun dia sudah mula berkongsi serba sedikit apa yang dilalui.

“Kalau saya nak reka, takkan saya nak rakam senyap-senyap. Lebih baik saya suruh dia berlakon di hadapan kamera dan secara logik saya nak bayar, lebih baik saya cari sasaran yang masyarakat mudah percaya,” katanya lagi. Difahamkan, kes ini disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.