Kenaikan harga barang asas jadi topik hangat, terkini Fuziah Salleh akui video yang tular adalah video lama

Sejak belakangan ini, kenaikan harga barang asas telah menjadi topik hangat diperkatakan di media sosial. Ketika rakyat sedang gusar dengan kenaikan harga barang ini, tular pula sebuah video Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),  Fuziah Salleh membeli barangan keperluan dengan harga di bawah RM200. Video terbabit telah menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang menyifatkan perbandingan yang dibuat tidak adil. Klik sini untuk lihat video.

Melihat isu yang timbul, Fuziah memaklumkan bahawa video tular itu sebenarnya adalah rakaman video lama yang ditularkan kembali pihak tertentu. “Saya maklum dan tak terkejut kerana saya percaya ada dalang di sebaliknya (isu video tular) yang mungkin bermotifkan politik,” katanya. Jelasnya, apa yang tular itu adalah rakaman video ketika beliau berkunjung ke sebuah pasar raya di Langkawi, Kedah pada awal Julai lalu. “Sebenarnya ia video lama. Ketika itu ada isu yang (yang mengatakan perbelanjaan) RM200 (untuk barangan keperluan asas) tak dapat apa-apa. Jadi pada waktu itu, saya buat tinjauan di sebuah pasar raya dan beli sendiri barangan di situ.

“Harganya lebih sedikit berbanding tempat lain yang menjual barangan Jualan Rahmah, namun masih cukup dan boleh penuh bakul dengan wang di bawah RM200. Kenyataan saya dalam video bagaimanapun merujuk kepada situasi ketika itu,” katanya lagi. Dalam video itu, Fuziah membeli beberapa barangan asas seperti minyak masak, beras, biskut, mi segera, sardin dalam tin, tepung gandum, serbuk minuman, bawang dan kentang dengan nilai perbelanjaan sebanyak RM136.30.

Ujarnya, perbelanjaan pada harga di bawah RM200 mencukupi untuk menampung kos barangan dapur dengan segala keperluan hidup masih di paras kemampuan rakyat. Justeru, Fuziah berharap orang ramai dapat memahami dan tidak keliru bahawa video yang tular itu bukan merujuk kepada situasi semasa. Harap kerajaan ada solusi terbaik untuk selesaikan isu kenaikan harga barang ketika ini secepat mungkin.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.