Dalam mulut pun ada bintik bintik sampai susah nak makan, Ryan Bakery dedah kena chicken pox untuk kali kedua

Pempengaruh media sosial, Ryan Bakery memaklumkan dirinya telah dijangkiti penyakit ‘Chicken Pox’ sejak tiga hari yang lalu. Menurut Ryan, penyakit tersebut telah menyebabkan dia berasa sakit pada tekak, demam dan sengal sendi. “Memang sakit bila kena Chicken Pox ni. Tekak saya sakit perit, demam, sengal-sengal badan, pening. Memang tak larat. Chicken Pox ni macam cacar air, ada bintik-bintik berair timbul. Dalam mulut pun ada, sampai susah nak makan.” Ryan memaklumkan mengenai perkara itu dalam sesi siaran langsung yang dilakukannya di TikTok, pada Ahad.

Tambah Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery, dia sudah pernah dijangkiti ‘Chicken Pox’ ketika di bangku sekolah. “Dulu saya pernah kena masa sekolah menengah. Itu kira dah besar la juga kan. Saya tanya doktor, bukan ke sekali seumur hidup kena, doktor jawab memang ada kes orang yang kena dua kali. Tapi peratusnya sedikit sahaja, sangat jarang berlaku.” Dalam pada itu, pemenang Popular Creator Of The Year pada Anugerah TikTok 2023 itu berkata, dia terpaksa menangguhkan segala urusan kerjayanya buat sementara waktu.

“Saya terpaksa rehat daripada semua urusan kerja saya. Kena ambil cuti lama sikit.  Semua kerja saya terbantut seketika, terpaksa di hold sekejap. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.