Dah tak terasa hati bila ada yang tanya pasal jodoh, ini pula luahan dari Dayang Nurfaizah

PENYANYI Dayang Nurfaizah memberitahu dia tidak terasa hati walaupun kerap diajukan soalan mengenai jodoh. Meskipun mempunyai keinginan untuk menamatkan zaman bujang, Dayang atau Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 42, berkata rezeki itu masih belum berpihak kepadanya. Justeru itu, dia memohon agar peminat mendoakan semoga cepat dipertemukan jodoh. “Saya daripada umur 18 tahun pun orang selalu bertanya mengenai isu bila nak kahwin ni dan sampai sekarang pun orang masih bertanya pada saya soalan yang sama.

“Nak cakap mengenai jodoh ni pun saya susah sebab kadang-kadang ia ada depan mata, kena tengok juga sebab kerja macam saya ni perlu cari seseorang yang memahami serta keserasian itu yang penting… Dayang tak pernah letakkan syarat tertentu kalau bab jodoh ni. Saya tak pernah terasa pun dan doakan yang terbaik untuk saya semoga cepat dipertemukan jodoh okay amin,” katanya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.