Sakan bercuti dekat luar negara, ramai yang nampak Raysha Rizrose macam berbadan dua

Pelakon Raysha Rizrose didakwa kini sudah berbadan dua selepas lapan bulan berkahwin bersama suaminya yang juga merupakan pelumba kereta F3, Nabil Jeffri. Dakwaan tersebut mula tercetus dalam kalangan warganet apabila terlihat perutnya yang sedikit buncit atau ‘baby bump’ ketika mengenakan baju berwarna kelabu sewaktu bercuti bersama adik-beradik dan sepupunya di Thailand. Persoalan itu juga timbul selepas melihat gelagatnya yang sakan membuat trend TikTok bersama aktres Nadiyah Shahab dan Aprena Manrose. Klik sini untuk lihat video.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa teruja mereka menantikan khabar gembira dari aktres yang pernah membintangi drama Ryan Aralyn itu. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.