Ada yang cakap Abg Tesla pergi umrah dapat tajaan, sekali ini pula pengakuan dari Pengendali Umrah

Pempengaruh yang hangat diperkatakan warganet mengenai rumah tangganya, Abang Tesla baru-baru ini memaklumkan pergi bercuti ke Turkiye dan menunaikan umrah buat kali pertama bersama isteri-isterinya. Perkara itu dimaklumkan menerusi hantarannya di Instagram yang memuat naik gambar bersama dua isterinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang. Namun, hantaran terbabit telah mengundang pelbagai reaksi warganet yang tidak berpuas hati Abang Tesla telah ditaja oleh sebuah syarikat pengendali umrah terkenal.

Sedar tentang perkara ini, syarikat terbabit tampil menafikan dakwaan mengatakan pihaknya menaja umrah Abang Tesla sekeluarga. Pengurusan tertinggi Andalusia dalam satu kenyataan berkata, Abang Tesla dan keluarganya membayar sepenuhnya kos percutian dan umrah (Pakej Umrah Ziarah Istanbul Bursa) mereka sendiri. “Dakwaan itu adalah tidak benar. Abang Tesla dan keluarganya membayar sepenuhnya kos percutian dan umrah (Pakej Umrah Ziarah Istanbul Bursa) mereka sendiri. Kami hanya menyediakan perkhidmatan pakej umrah ziarah kepada pelanggan kami yang ingin menunaikan umrah.

Kami berharap dakwaan ini akan dapat dihentikan. Kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang telah timbul,” jelas kenyataan itu. Sementara itu, menjengah ke hantaran foto di Instagram Abang Tesla, dapat dilihat kapsyen itu juga telah disunting. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.