Naim Daniel akui kini sedang mengenali hati budi seseorang, rancang nak kahwin sebelum umur 35 tahun

PENYANYI dan pelakon Naim Daniel sedang mengenali hati budi seorang wanita yang juga merupakan individu terlibat dalam dunia hiburan. Naim atau Muhammad Naim Daniel Baharin, 26, bagaimanapun enggan memperincikan mengenai wanita berkenaan sama ada dia seorang selebriti kerana memilih untuk tidak berkongsi terlalu banyak mengenai perihal peribadi. Sebaliknya kata Naim, dia akan mendedahkan mengenai hubungannya dengan gadis bertuah itu apabila tiba masanya.

“Sebenarnya kalau berkaitan dengan hubungan cinta, saya pilih mengumumkan bila tiba sesuai masanya. Apa saya boleh katakan, sekarang kami masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Wanita tersebut juga merupakan orang dalam industri… keluarga kami juga saling mengenali,” katanya. Naim berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada sidang media Konsert Patah Hati 2.0 yang diadakan di Z Botanica by Nicsmann, Damansara pada Rabu. Berkongsi lanjut mengenai perkara itu, Naim mendedahkan mereka sudah lama saling mengenali namun bibit percintaan baru sahaja berputik.

Penyanyi lagi Sembah ini memberitahu setakat ini mereka belum meletakkan label terhadap hubungan itu termasuk meneruskan ke peringkat lebih serius. “Kami tak pernah ‘declare’ secara rasmi tapi kami tahu kita sentiasa ada untuk satu sama lain. Sasaran saya sebelum umur 35 nak tamatkan zaman bujang… Buat masa sekarang kami chill dulu. Kalau ada sebarang perkembangan saya akan hebahkan,” jelasnya. Dalam perkembangan lain, Naim bakal terlibat dalam Konsert Patah Hati 2.0 yang bakal berlangsung pada 23 November depan.

Selain Naim, konsert itu turut membariskan barisan penyanyi popular termasuk Bunkface, Ismail Izzani, Nadeera, Neeta Manis dan Aisha Retno. Tiket konsert boleh didapati menerusi laman web Ticket2u dengan harga bermula RM185 hingga RM5,000. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.