Soalan pasal nilai mata wang, guru terkejut bila tengok soalan matematik darjah 3

Umum mengetahui, silibus pembelajaran di sekolah sekarang agak advance dibandingkan dengan silibus zaman kita dahulu. Kalau dulu kita belajar asas Matematik ketika sekolah rendah, murid zaman sekarang perlu belajar lebih daripada itu. Selain itu, setiap kali peperiksaan pasti diselitkan soalan-soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang memerlukan pelajar berfikir di luar kotak. Baru-baru ini viral di media sosial Facebook seorang guru telah memuat naik satu gambar memaparkan soalan Matematik darjah 3. Dalam kapsyen perkongsian tersebut, guru ini pada mulanya hendak melakukan persediaan sebelum mengajar.

Beliau terkejut apabila soalan pada halaman buku Matematik itu meminta pelajar untuk nyatakan nilai mata wang dari beberapa negara. Dalam soalan tersebut, para pelajar perlu membuat perbandingan nilai RM1 dengan nilai mata wang dari negara-negara terdekat seperti Indonesia, Thailand, Myanmar, Singapura, Vietnam, Filipina, Brunei, Kemboja dan Laos. Tambahnya pula, beliau tertanya-tanya apa kepentingan topik tersebut untuk murid darjah 3? Sedangkan jika dirinya adalah penggubal soalan, beliau sendiri tidak tahu untuk menjawab soalan itu melainkan perlu semakan Google.

Baginya, silibus pembelajaran di sekolah agak melampau dan entah bila ianya akan diganti. Akhirnya, beliau mengambil keputusan untuk skip sahaja soalan tersebut. Seperti yang kita tahu, lain negara lain nilai mata wang dan nilai itu juga akan berubah pada setiap hari. Mungkin pada hari ini nilai RM1 bersamaan 0.29 Singapore Dollar, tetapi mungkin esok akan berubah pula disebabkan penawaran dan permintaan semasa. Menjengah di ruangan komen, ramai warganet setuju dengan pendapat guru ini. Ibu bapa juga turut berkata silibus pembelajaran anak-anak mereka agak mencabar.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.