Tak tergamak nak tolak kalau peminat nak ajak bergambar, rupanya ini yang pernah jadi pada Hairul Azreen sebelum dia jadi artis

PELAKON Hairul Azreen mendedahkan pernah berdepan kejadian memalukan apabila ditolak oleh seorang artis ketika mengajaknya bergambar sebelum dia bergelar selebriti. Mengimbau kejadian itu, Hairul atau Hairul Azreen Idris, 34, berkata, foto yang diambil bersama artis lelaki berkenaan tidak jelas sebelum permintaan mengambil semula gambar bersama ditolak. “Ada seorang artis ini, masa itu saya pakai telefon 6600 (Nokia). Saya cakap dengan dia nak begambar… Telefon itu pula jenis kalau ambil foto kena tunggu tiga saat.

“Individu yang tolong ambil gambar kami pun tak peka dan rakam terlalu cepat sampai gambar kami jadi blur. Jadi saya minta izin pada artis itu untuk mengambil sekali lagi gambar kami… Dia tolak saya,” katanya. Hairul berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu program Sembang Studio bersama pelakon Amelia Henderson. Susulan kejadian itu, Hairul berazam jika dia bergelar artis, dia tidak akan pernah menolak permintaan peminat yang ingin bergambar dengannya. “Ini cerita betul… Dia tolak saya dan hati saya hancur kerana idola saya berkelakuan seperti itu.

“Saya terus berniat, kalau saya jadi artis, saya tidak akan pernah menolak permintaan peminat,” ujarnya. Dalam pada itu, Hairul yang enggan menyebut identiti sebenar lelaki itu berkata, artis tersebut kini cuba berbuat baik kepadanya selepas melihat dia berjaya menerusi filem-filem lakonannya. Kata Hairul, artis tersebut mungkin tidak mengingati kejadian memalukan itu namun ia terpahat dihatinya sehingga ke hari ini. Dia tak tahu yang saya ingat sampai sekarang dan saya pun tak pernah bercakap dengan dia (tentang kejadian itu)… Sampai hari ini pun saya tak sebut nama dia.

“Tapi apabila bertemu dan saya tengok dia, tidaklah saya beritahu dia pernah tolak saya… Tapi sekarang dia yang tegur saya,” katanya. Mengimbau kenangan sebelum bergelar pelakon, Hairul tidak malu mengakui dia pernah bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai jam tangan yang terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum bergelar pelakon. Kata Hairul, ketika itu juga dia sering terserempak dengan kelibat selebriti tempat yang dikerumun peminat dan sejak itu dia berazam mahu menjadi seorang selebriti.

“Saya sering lihat artis lalu nak pergi Langkawi, nampak Saiful Apek Senario, Afdlin Shauki. Waktu itu saya rasa bestnya jadi artis… orang pandang. Saya terfikir kalau jadi artis kan best orang ambil gambar dengan saya. Pada waktu itu saya sudah ada rasa minat untuk jadi artis, tapi saya tahu saya tidak layak kerana tidak boleh menyanyi,” katanya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.