Tular video keluar dengan lelaki, sekali ramai yang minta individu tersebut jangan lukakan hati Sherry Alhadad

NAMA pelakon dan pengacara Sherry Alhadad menjadi sebutan ramai apabila video dia keluar ‘dating’ bersama seorang jejaka tular di media sosial. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok Amin Moktar memaparkan Sherry yang mengenakan baju kemeja putih sambil mengenakan topi hitam menuju ke arah kereta lelaki berkenaan. Malah wajah Sherry juga dilihat tersenyum gembira melihat gelagat Amin yang sedang merakamnya. Amin dan Sherry kemudiannya dilihat menghabiskan masa bersama menikmati hidangan tengah hari di sebuah restoran. Klik sini untuk lihat video.

Jejaka berkenaan yang turut membahasakan dirinya sebagai Abang Proton turut menguapkan terima kasih kepada Sherry yang sentiasa menceriakan hidupnya. “Evening date with her. Terima kasih selalu menceriakan hidup I. Sekian, Abang Proton,” katanya. Selepas seharian bersama, lelaki berkenaan menghantar Sherry pulang kembali ke rumahnya dan pengacara tersebut berterima kasih kerana membawanya berjalan-jalan. Lebih menarik perhatian lagi apabila Sherry juga mengajaknya untuk keluar bersama sekiranya ada masa terluang kelak.

“Terima kasih bawa saya pergi healing. Nanti kita pergi healing lagi eh? Kita makan pula dekat tempat lain,” kata Sherry. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meminta Amin tidak melukakan hati Sherry dan memberinya layanan yang baik. “Abang jangan main-mainkan Sherry. Kami sayang dia. “Sherry ini baik, kadang orang anggap kawan itu sebenarnya jodoh,” antara komen warganet. Namun Amin memberitahu hubungannya dengan Sherry hanya sekadar rakan dan mereka telah berkenalan sejak 2019 lagi.

“Jangan risau kitorang tak ada apa-apa pun. Kami selesa berkawan baik begini. Sherry ini dah jadi client saya sejak tahun 2019 lagi. “Nanti saya cerita macam mana saya kenal beliau,” ujarnya di ruangan kapsyen. Sumeber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.