Sendiri yang melamar jadi isteri, Nd Lala tak bagi warganet gelar Siti Munirah dengan gelaran penyondol

Penyanyi veteran era 80-an, Datuk ND Lala berharap orang ramai berhenti memanggil isterinya, Siti Munirah dengan gelaran ‘penyondol’. Menerusi hantaran di Instagram, ND Lala berkata Siti Munirah tidak pernah ‘menyondol’ mahupun cuba mengurat dirinya. Sebaliknya, penyanyi itu sendiri yang melamar isterinya sebelum mendapat restu daripada bapa wanita berkenaan. “Jangan juga gelar Siti Munirah sebagai penyondol. Kerana dia tidak pernah sondol atau mengurat saya.”

Saya yang melamar dia, pada awalnya dia tidak mahu pun saya. Akhirnya saya minta restu ayah Siti Munirah. Ayahnya setuju dan kami bernikah.” Dalam masa sama, bapa kepada penyanyi Shila Amzah itu berkata sekiranya Siti Munirah benar seorang penyondol, dia boleh didakwa di mahkamah. “Jika benar dia sondol, sekarang ada akta untuk dibawa ke mahkamah. Siti Munirah tidak sondol, tetapi saya melamarnya secara sah.”Terdahulu, ND Lala tampil menjawab segala spekulasi dan kontroversi yang timbul melibatkan dirinya bersama bekas isteri, Fauziah Sarman.

Dalam beberapa siri hantaran video yang dimuat naik di Instagram, ND Lala menjelaskan mengenai isu perpisahannya, isu membabitkan impak jnyh, ghibah dan fitnah. sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.