Nak berniaga biarlah rezeki yang halal, ibu Neelofa kesal bila Ameera Khan dituduh main jdi

Perkongsian influencer, Ameera Khan dalam beberapa muat naik terbarunya di media sosial telah mendapat perhatian ramai. Mana tidaknya, Ameera yang seperti biasa bergaya elegant telah berkongsi beberapa gambar sewaktu di luar negara menyaksikan satu acara melibatkan perlumbaan kuda. Ternyata, posting yang dibuat adik kepada selebriti terkenal, Neelofa itu telah menjadi perbualan warganet sehingga ada yang sanggup melemparkan tuduhan bahawa dia sedang berjdi.

Fitnah tersebut ternyata membuatkan ibunya, Noor Kartini begitu kesal sehingga menyelar tindakan biadab pihak yang menuduh anak gadisnya berjudi hanya berdasarkan hantaran di media sosial. “Ini sangat BIADAP…nak meniaga biarlah rezeki yang HALAL…bukan sanggup FITNAH sampai macam ni,” tulisnya. Perkongsian tersebut telah mendatangkan pelbagai komen daripada warganet. Ada di antara mereka menyokong kekesalan yang diluahkan Noor Kartini kerana menganggap hal tersebut sangat berlebihan. Walau bagaimanapun, ada juga yang menasihati supaya menegur Ameera Khan agar tidak memuat naik perkongsian yang boleh mengundang fitnah di media sosial.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.