Shila Amzah teruk kena kritik dengan warganet sebab pakai baju sendat, terkejut bila tiba tiba nak berhenti guna media sosial

TIADA angin tiada ribut, penyanyi Shila Amzah mengambil keputusan untuk berehat daripada menggunakan media sosial buat sementara waktu. Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 33, menjelaskan tindakan itu dibuat selepas merasakan media sosial sebuah platform yang toksik buat dirinya. “Saya akan berhenti bermain media sosial untuk sementara waktu. Ia telah menjadi tempat yang agak toksik untuk saya. Jadi saya chow (pergi) dulu. Jaga diri semua orang dan semoga menjalani hari yang baik,” katanya.

Penyanyi lagu Patah Seribu itu berkongsi perkara tersebut menerusi Instastory miliknya. Walaupun tidak menjelaskan secara spesifik punca dia mahu berehat menggunakan media sosial namun tindakan itu difahamkan ada kena mengena dengan kemunculannya di Konsert HausBoom Music 2023 pada Ahad. Ia susulan Shila menerima kritikan bertalu-talu daripada waranet yang tidak berpuas hati dengan pakaiannya yang dikatakan tidak bersesuaian dengan penampilannya yang bertudung. Shila pada acara itu mengenakan jaket merah jambu yang dipadankan dengan kemeja T polos berwarna krim di bahagian dalam.

Bagaimanapun, kelincahan Shila dan faktor angin bertiup membuatkan jaketnya terselak sehingga menampakkan bentuk perut Shila. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.