Dalam diam rupanya Izara Aishah tengah sarat hamil, tak sangka rupanya bulan depan dah nak bersalin

PELAKON Izara Aishah mengejutkan ramai peminat apabila mengumumkan dirinya kini sedang hamil dan dijangka bakal melahirkan anak kedua itu pada Oktober depan. Menerusi laman Instagram, Izara, 33, berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik beberapa keping foto menampakkan baby bump pada bahagian perutnya. “Saya ingin beritahu, saya akan bersalin bulan depan,” katanya.

Pelakon ini bagaimanapun menutup ruangan komen di akaun miliknya itu. Sebelum itu, Izara dilihat menghadiri majlis pelancaran edisi terbaharu kereta mewah jenama Roll Royce di Kuala Lumpur pada Selasa. Pada Mei lalu, penampilan Izara jadi perhatian warganet selepas didakwa sedang hamil. Ini selepas Tya Ariffin berkongsi foto di laman Instagram miliknya sewaktu mereka sedang bercuti bersama keluarga dan menghadiri majlis ilmu Ustaz Wadi Annuar.

Dalam satu foto dikongsi, warganet menyedari tubuh Izara kelihatan jelas seperti sedang sarat mengandung. Untuk rekod Izara mendirikan rumah tangga dengan anak diri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid pada 17 November 2017. Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Irisa Alaia yang kini berusia tiga tahun. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.