Muat naik gambar bawa isteri tunaikan umrah, sekali ini pula komen warganet lepas tengok muka isteri kedua Abg Tesla

Pempengaruh media sosial yang cukup sinonim dengan konten kereta iaitu Abang Tesla akhirnya mendedahkan wajah isteri keduanya, Nur Syafiqah kepada umum. Menerusi hantaran di Instagram, Abang Tesla memuat naik sekeping foto yang memperlihatkan dia sedang merangkul bahu kedua-dua isterinya iaitu Nurmajdina Jamari dan Nur Syafiqah. Difahamkan foto tersebut diambil ketika mereka berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menerusi ruang kapsyen, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam berkata mereka bertiga akan pergi bercuti ke Turkiye dan kemudian berangkat ke Makkah bagi mengerjakan ibadah Umrah. Kata Abang Tesla, ini merupakan percutian pertama dia bersama kedua-dua isterinya. Seperti dijangka, perkongsian tersebut bakal menuai pelbagai reaksi wargamaya apabila rata-rata warganet yang singgah ke ruangan balas menyatakan wajah Nurmajdina jauh lebih cantik dan berseri berbanding wajah Nur Syafiqah.

Malah, ada juga segelintir warganet yang berseloroh mengatakan wajah Nur Syafiqah persis isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar. Bagaimanapun, masih ada segelintir warganet yang mendoakan Abang Tesla agar sentiasa kuat berdepan kritikan netizen dan berharap dia dapat berlaku adil. Terdahulu, Abang Tesla mengejutkan pengikutnya apabila mengumumkan sudah bernikah sekali lagi. Menurut Abang Tesla, dia telah mendapat restu dari isteri pertamanya dan akui reda.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.