Kali terakhir update bulan jun lalu, ramai yang tertanya tanya tentang kehilangan Ebit Lew

Lama tidak mendengar perkhabaran mengenai pendakwah bebas, Ebit Lew yang dilihat sudah lama ‘hilang’ daripada media sosial. Menerusi tinjauan di laman Facebook rasmi, hantaran terakhir dimuat naik Ebit atau nama penuhnya Ebit Irawan Ibrahim Lew adalah ketika menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Makkah pada 29 Jun lalu. Susulan itu, ‘kehilangannya’ mencetus tanda tanda dalam kalangan pengikut pendakwah berusia 38 tahun itu setelah tidak mengemas kini hantaran sejak tiga bulan lalu. Bukan di platform itu sahaja, malah aplikasi lain seperti Instagram dan TikTok turut ‘sunyi sepi’ begitu sahaja tanpa sebarang perkongsian terbaharu.

Menjengah ke ruangan komen hantaran terakhir Ebit, terdapat segelintir individu meluahkan kebimbangan dan tertanya-tanya tentang keberadaan pendakwah yang sering membantu golongan memerlukan ini. Terdahulu, Ebit berdepan 11 pertuduhan gangguan antaranya membuat hantaran gambar dan perkataan tak senonoh dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.Walau bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah dan mengatakan tuduhan itu fitnah yang cuba memburukkan namanya.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan sekiranya didapati bersalah, dia bakal berdepan hukuman maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.