Teruja rakam momen Diana Danielle dalam studio, Farid Kamil dan Diana Danielle nampak macamtak kekok duduk bersebelahan

SELEPAS sebulan berpisah, pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle dilihat masih terbuka untuk berada dalam acara yang sama dan bertentang mata antara satu sama lain. Menerusi video yang dimuat naik di Instastory, Farid atau Farid Kamil Zahri, 42, merakam gelagat bekas isterinya itu yang sedang berada di dalam studio ditemu bual oleh wartawan. Farid yang ketika itu berada di luar studio dilihat teruja merakamkan momen berkenaan. Kata Farid, dia hanya mampu melihat daripada luar sahaja kerana kurang sihat untuk ditemu bual.

Bersama muat naik video itu, Farid turut menyertakan emoji lelaki sedang bahagia dilamun cinta berserta emoji hati. “Hanya mampu tengok di luar sahaja. Tidak mampu nak temu bual, suara tiada. Kasihan!” ujarnya. Sebelum itu, kedua-dua selebriti ini ada berkongsi semula video yang dimuat naik oleh seorang usahawan di Instastory. Dalam video itu, Farid dan Diana dilihat duduk bersebelahan di meja makan. Untuk rekod, pada 10 Ogos lalu, Diana dan Farid sah berpisah talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.