Alami alahan yang teruk, Lucinta Luna dedah muntah cairan merah sekali dengan paku

PERSONALITI media sosial sensasi Indonesia Lucinta Luna mendakwa muntah cairan merah sehingga mengeluarkan paku. Lucinta atau Muhammad Fatah, 34, berkata, dia merintih kesakitan sebaik sahaja bangun dari tidur sambil memegang perut sebelum meminta pertolongan rakan-rakannya. “Ya Tuhan, apa yang terjadi pagi ini, sesakit inikah saya mengalami morning sickness di usia kehamilan enam minggu. “Saya rasa seperti ada yang aneh dengan kehamilan kali ini,” katanya. Lucinta berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya. Klik sini untuk lihat video.

Dalam pada itu, Lucinta turut meminta rakan untuk menghubungi tunangnya iaitu Alan untuk segera pulang kerana keadaan dirinya yang tidak begitu baik. Bagaimanapun, menurut dua rakannya itu, Alan tidak boleh pulang kerana sedang menjalani latihan ketenteraan di Ukraine. “Tolong telefon papa Alan Boltian agar segera pulang kalau isterinya sekarang mengalami morning sickness yang luar biasa,” ujarnya. Bagaimanapun, keadaan Lucinta semakin memburuk apabila personaliti itu batuk berdrh dan turut terlihat beberapa batang paku keluar daripada muntahnya.

Rakan-rakannya itu terkejut dan bertanya sama ada Lucinta telah pun disihir. “Ya Tuhan, Astagfirullahalazim kakak (Lucinta)… ada paku. Kamu disihir ke? “Ini bayi manusia atau bayi jin… telefon ambulan,” kata rakannya. Sebelum ini, Lucinta memaklumkan dia terpaksa berpisah dengan Alan yang perlu menjalani latihan ketenteraan di Ukraine. Lucinta yang mendakwa sedang hamil anak Alan memberitahu akan setia menanti kepulangan lelaki itu ke Indonesia bagi membesarkan anak mereka bersama-sama. Pada 28 Julai lalu, Lucinta mengumumkan pertunangannya bersama Alan yang diadakan di Bali, Indonesia.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.