Buat tuduhan tanpa bukti, kali ni Ammar Nazhan nak saman pula pihak yang buat tuduhan palsu

YouTuber, Ammar Nazhan tampil menjawab tohmahan yang mendakwa bahawa dia tinggal serumah dengan bukan muhrim dan melakukan pelbagai hal yang mengganggu kawasan kejiranan di kediaman yang dijadikan studio membuat konten. Menurut Ammar dalam Ista Story miliknya, dia tidak teragak-agak untuk mengemukan saman ke atas mana-mana pihak yang membuat tuduhan palsu ke atas dirinya tanpa sebarang bukti.

Dalam pada itu, YouTuber berkenaan juga mengatakan bahawa individu yang tidak berpuas hati dengannya telah membayar pihak media bagi menyebarkan tuduhan kepadanya. “Bayar media semata-mata nak usik emosi. Best kan dunia ni. Tak suka Am buat tuduhan. Cari orang follower ramai sikit, bayar paid. Mewakili rakan untu sebar berita palsu haha.  Takpe, benda ni mudah Am ambil tindakan kalau tak terbukti,” tulisnya lagi. Terdahulu, menerusi Facebook Mohd Fadli Salleh, dia telah berkongsi beberapa tankapan layar perbualan mesej dengan salah seorang jiran kepada YouTuber dipercayai Ammar Nazhan berkenaan yang mengeluh dengan pelbagai masalah melibatkan individu tersebut serta rakan-rakannya.

Walaupun sudah menegur mereka secara berdepan, namun tidak ada sebarang perubahan dan masing-masing seperti tidak menghormati jiran tetangga. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.