Tular pasal motor penghantar makanan kena sita, sekali ini pengakuan dari pihak JPJ

Hari ini, kecoh mengenai sebuah video tular yang memaparkan seorang penghantar makanan berjalan kaki sambil menggalas beg penghantaran makanan sehingga meraih perhatian ramai. Apa yang lebih membuatkan orang ramai tidak berpuas hati apabila tindakan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita motorsikal yang ditunggang oleh individu terbabit dan disifatkan tiada perikemanusiaan. Terbaharu, JPJ Negeri Sembilan menerusi kenyataan di Facebook menjelaskan tindakan menyita motosikal penghantar makanan itu adalah selepas mendapati individu terbabit melakukan beberapa kesalahan.

JPJ berkata, pihak mereka melakukan tindakan tersebut kerana individu terbabit menunggang motosikal semasa Lesen Kenderaan Motor (LM) telah tamat tempoh dan tiada insurans. “Pada 12 September 2023, Unit Operasi JPJ Negeri Sembilan telah mengadakan Operasi Statik di Jalan Persiaran Negeri, Nilai bagi mengesan kesalahan lalu lintas yang dilakukan oleh pengguna jalan raya. Sepanjang penguatkuasaan tersebut, pelbagai kesalahan telah dikesan dan diambil tindakan termasuk juga motosikal yang ditunggang oleh pekerja Food Panda tersebut yang melakukan kesalahan menunggang motosikal semasa Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada insurans,”menurut kenyataan.

Tambahnya lagi, tindakan tersebut dilakukan atas tujuan untuk menjaga keselamatan penunggang motosikal tersebut selain pengguna jalan raya lain sekiranya berlaku kemalangan yang tidak diingini. “Tindakan menyita motosikal dilakukan atas tujuan menjaga keselamatan penunggang tersebut dan pengguna jalan raya lain kerana tidak dilindungi insurans,” jelas kenyataan. Tegas JPJ, pihak mereka sentiasa memandang serius terhadap kesalahan-kesalahan lalu lintas yang dilakukan terutama mereka yang mengabaikan undang-undang atau peraturan yang telah ditetapkan.

Sementara itu, JPJ dalam ruangan komen di sebuah hantaran Facebook milik Bujang Kartun memaklumkan LKM dan insurans milik motosikal terbabit telah tamat tempoh sejak 6 Februari 2023. Sekadar info, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyita penunggang motosikal yang didapati melanggar kesalahan jalan raya di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Malah, tindakan itu akan dikuatkuasakan jika ia melibatkan pelbagai seperti tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan menunggang motosikal secara berbahaya.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.