Sebelum ni teruk kena kritik dengan warganet, Abg Tesla muat naik video nampak bahagia dengan 2 isteri di Makkah

Pempengaruh media sosial yang cukup sinonim dengan konten kereta iaitu Abang Tesla meluahkan rasa syukur apabila berpeluang untuk menunaikan ibadah umrah bersama dua orang isterinya, Nurmajdina dan Nur Syafiqah. Menerusi perkongsian di TikTok, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam berkata dia juga bersyukur kerana mempunyai isteri yang baik dan memahami. “Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dilimpahkan rezeki dan dijemput lagi sampai ke Madinah untuk menunaikan umrah. Saya sangat bersyukur dan semua yang terjadi atas izin Allah. Klik sini untuk lihat video.

Saya sangat syukur dikurniakan isteri yang baik dan memahami. Apa pun, saya cuma nak minta doa orang ramai untuk doakan yang terbaik untuk kami, kebahagiaan kami.” Pada perkongsian yang sama, Abang Tesla turut memohon maaf kepada pengikutnya jika ada terkasar bahasa atau kesilapan yang pernah dilakukan. “Apa yang silap, kami nak mohon maaf dan andai kata ada terkasar bahasa ke, kami nak mohon sekali lagi maaf. Kami cuma nak minta doa yang baik-baik untuk kami.”

Sementara itu, menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet seakan sudah berubah hati dan tidak lagi mengecam Abang Tesla seperti sebelum ini. Sebaliknya, warganet mendoakan Abang Tesla dan dua isterinya hidup bahagia serta mengabaikan komen negatif orang ramai. Minggu lalu, Abang Tesla akhirnya mendedahkan wajah isteri kedua kepada umum selepas sebulan mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Nur Syafiqah. Menerusi gambar yang dikongsikan di Instagram, dapat dilihat Abang Tesla bersama dua isterinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang.

Berdasarkan pada kapsyen gambar tersebut, Abang Tesla menyatakan mereka akan bercuti di Turkiye dan kemudian menunaikan Umrah bersama. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.