Fesyen selalu jadi bualan warganet, Neelofa akui sebelum keluar Pu Riz yang akan periksa dulu pakaiannya dia

Usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa memaklumkan dia akan mendapatkan kebenaran daripada suaminya, Haris Ismail mengenai pemilihan pemakaian yang digayakan setiap kali sebelum keluar rumah. Ketika ditemui, Neelofa berkata Haris atau mesra dengan sapaan PU Riz akan menjadi indivdu yang akan ‘filter’ atau memeriksa pakaiannya agar tidak menampakkan sosok tubuh. “Setiap kali keluar rumah, saya akan dapat ‘green light’ daripada suami (PU Riz). Kalau ada yang dia tegur macam singkat di belakang, jadi saya akan tukar. Kalau suami kata okay, saya keluarlah.

“Pada saya sendiri pakaian sedemikian selagi tidak nampak susuk tubuh, bentuk paha dan betis itu okay. Tudung pun dilabuhkan.” Neelofa berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk terbaharu Naelofar x Disney yang berlangsung di IOI Mall, Putrajaya, pada Khamis. Sementara itu, disoal bagaimana perasaannya apabila fesyen yang digayakan sering menjadi bualan warganet, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata dia akan terus memperbaiki dirinya. “Awak tutup mata pun orang akan kecam juga, macam-macam. Saya akan sentiasa jadi yang lebih baik. Orang yang nampak kesilapan dan tegur dengan baik, alhamdulillah.

Saya pun banyak benda nak belajar lagi, saya sentiasa ada pasangan yang sentiasa membantu ke arah kebaikan.” Terdahulu, segelintir warganet meluahkan rasa kurang senang dengan seluar ala ‘aladin’ yang digayakan Neelofa apabila mereka mengatakan pakaian sedemikian tidak sesuai dengan imej purdahnya.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.