Tengah hangat pasal isu poligami, kali ni giliran Syamsul Debat pula ulas isu Abang Tesla

Penceramah bebas, Syamsul Debat terpanggil untuk mengulas isu kahwin dua yang melibatkan pempengaruh media sosial dikenali iaitu Abang Tesla. Menerusi video ceramah yang tular, Syamsul menegur Abang Tesla agar berhenti daripada mengeluarkan sebarang kenyataan. Kata Syamsul, adil dalam Islam ini bukan mengikut selera dan keinginan. “Minggu ini teruk betul orang lelaki kena balun, macam hilang nilai kemerdekaan. Ini semua Abang Tesla punya pasal.

Saya nak pesan kepada orang yang sudah berpoligami. Kalau rasa diri kita ini bukanlah bagus sangat, ada kelemahan, tak usah kongsi dengan orang lain. Selepas itu, kau keluar kenyataan pula nak mengajar orang lain. Adil dalam Islam adalah meletakkan sesuatu itu kena pada tempatnya. Itu yang perlu difahami. Lagi cakap, lagi bangang tau? Selepas itu, yang bertanya soalan pun tak kena, yang menjawab soalan pun tak kena. Yang memberi pandangan pun tak kena. Tak usah.”

Dalam pada itu, Syamsul turut mengingatkan Abang Tesla untuk menjaga hati dan perasaan isteri pertama, Nurmajdina Jamari. “Isteri pertama untuk dihargai dan isteri kedua untuk dicintai? Tak kecil ke hati isteri pertama? Tak berhak ke dia untuk dicintai? Hanya untuk dihargai saja? Susah senang sama-sama, habis yang isteri nombor dua dicintai? Habis nanti isteri nombor tiga? Isteri ketiga untuk di-apa? Untuk diapa-apakan? Yang keempat? Itulah sebab jangan keluarkan kenyataan kalau rasa diri tidak mempunyai kelayakan nak bercerita. Fikir dulu sebelum bercakap.

Sebelum ini, Abang Tesla mengejutkan pengikutnya apabila mengumumkan sudah bernikah sekali lagi. Menurut Abang Tesla, dia telah mendapat restu dari isteri pertamanya dan akui reda. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.