Adlin Aman Ramlie pernah komen fesyen macam Mak Cik, sekali ini respon Aina Abdul

Penyanyi dan komposer, Aina Abdul menyifatkan komen yang diberikan aktor Adlin Aman Ramlie berhubung fesyen yang digayakannya sewaktu menyertai pertandingan Mentor Legend pada 2014 sebagai satu bentuk teguran yang baik. Menerusi program Show Dalam Bilik, Aina yang ditemu bual secara eksklusif berkata dia tidak mengambil serius mengenai komen tersebut meskipun ketika itu hatinya sedikit terguris. Menurut Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, komen itu juga telah membuatkannya bangkit dan tampil dengan pemakaian yang lebih eksentrik saban masa.

“Komen abang Adlin ketika itu memang menusuk hati saya. Tetapi komen itu adalah berbentuk kata-kata semangat. Kadang-kadang komen yang diberikan saya tidak suka dengar, tetapi komen tersebut jugalah yang akan mengubah kehidupan saya. Terima kasih kepada abang Adlin kerana beri sokongan dan komen-komen yang membuatkan saya untuk membalas dendam in a good way. Alhamdulillah. Kalau abang Adlin tengok fesyen saya sekarang, onz tak? Terdahulu, Adlin menegur penampilan Aina dengan menyifatkan gaya pemakaiannya seakan wanita berusia atau mak cik.

Aina menyertai Mentor Legend pada 2014 sebagai protege kepada ratu rock negara, Ella. Sementara itu, Show Dalam Bilik sempat meminta pelantun lagu ‘Jangan Mata Rasa’ Itu untuk mengulas mengenai sepotong video memperlihatkan dia berjaya melepasi satu sesi uji bakat pertandingan nyanyian. Menurut Aina, uji bakat tersebut merupakan audisi pertama yang disertainya, namun dia akur apabila berjaya sehingga peringkat ketiga sahaja. “Ujibakat itu (Akademi Fantasia) merupakan yang pertama saya sertai, saya lulus sampai stage ketiga tapi selepas itu saya tidak berjaya. Saya dikalahkan.

Bagi saya peluang itu banyak, jangan pernah mengalah, bukan kerana satu kegagalan itu buat kita rasa jatuh. One door close another window open.” Dalam perkembangan lain, Aina bakal mengadakan konsert berskala besar berjudul A Night With Aina Abdul 3.0 pada 18 November 2023 dan memilih dewan Axiata Arena, Bukit Jalil sebagai lokasinya. Tiket konsert mula dijual dengan harga RM98 (Silver), RM188 (Gold), RM258 (Platinum), RM288 (VIP), RM358 (VVIP) dan RM458 (MIP) bermula 15 September 2023.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.