Ada yang tuduh beli gelaran Datuk, ini pula respon dari Puspa Gomen

PERSONALITI media sosial Puspa Gomen meluahkan rasa pelik apabila ramai mempertikaikan gelaran Datuk yang didakwa palsu. Puspa atau Raudzah Ismail, 40, bagaimanapun tidak mengambil pusing dengan tuduhan itu kerana menyifatkan penganugerahan itu sebagai perkara peribadi buatnya. “Saya tak suka nak heboh kepada orang ramai tapi surat watikah semua ada. Siapa yang datang ke rumah boleh tengok sendiri. Alhamdulillah mungkin rezeki dan kalau orang nak cakap apa pun, terpulang… Saya terima.

“Benda itu rezeki saya, bukan macam orang cakap saya beli gelaran Datuk, saya pun pelik kenapa orang boleh fikir begitu,” katanya. Dalam perkembangan lain, Puspa antara usahawan selebriti yang akan memeriahkan Pantai Timur Food Festical yang akan berlangsung di Floria, Putrajaya bermula 29 September hingga 1 Oktober 2023. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.