Dalam masa beberapa jam dah dapat motor baru, rider foodpanda mengaku salah dan dedah cerita sebenar

Slogan Rakyat Tolong Rakyat memang ‘terpakai’ di Malaysia dengan kadar segera. Jika sebelum ini rakyat Malaysia memang terkenal dengan sikap pemurah, kali ini sifat tersebut berterusan apabila salah seorang influencer terkenal, Aisar Khaledd telah menyumbang motosikal buat seorang penunggang p-hailing yang tular kelmarin. Aisar menerusi video yang dikongsikan di media sosial dilihat telah datang ke kediaman penunggang p-hailing yang dikenali sebagai Muhammad Shahrul Shah Abu Bakar sebelum membawanya membeli motosikal baru.

Selain membelikan motosikal, Aisar juga menyumbang sejumlah wang tunai kepada Shahrul. Terdahulu menerusi sepotong video, seorang penunggang p-hailing telah berjalan kaki selepas motosikalnya disita dalam sebuah sekatan jalan raya. Motosikal Shahrul, 26, disita berikutan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada insurans. Meski ada yang mengkritik pihak berkuasa seperti ‘tiada simpati’, Shahrul menyatakan menerima hukuman yang diterima dengan hati terbuka sebagai sebuah pengajaran.

“Saya akui memang salah saya jadi terima saja hukuman malah anggap apa yang berlaku sebagai pengajaran,” katanya kepada Harian Metro. Dia kemudian menceritakan kisah sebenar sekaligus memperbetulkan persepsi warganet tentang video dirinya berjalan sambil menggalas beg selepas motosikalnya disita di satu operasi di Jalan Persiaran Negeri di Nilai, Negeri Sembilan kira-kira jam 12 tengah hari. “Saya ada baca juga komen warganet, ada yang kata saya jalan sejauh empat kilometer (km) tanpa arah.

“Itu semua tak benar kerana saya tak berjalan sejauh itu dan ketika kejadian saya dalam perjalanan menghantar pesanan pelanggan. Tapi mungkin ada yang buat penilaian berdasarkan gambar dan video tular,” katanya. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.